Pengumuman Penting

JEMPUTAN KE MAJLIS KONSULTASI DALAMAN RANG UNDANG-UNDANG RIMBAWAN (FORESTERS BILL)

Sukacita dimaklumkan bahawa IRIM telah menyiapkan deraf akhir cadangan ‘Forester Bill 2013’ untuk makluman dan perhatian Y. Bhg. Tan Sri/Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan. Sebagaimana maklum, cadangan Akta ini diadakan antara lain bertujuan untuk menubuhkan ‘Board of Foresters’ dan pendaftaran ‘foresters’. Sehingga kini tidak ada undang-undang atau peraturan untuk mendaftar, mengawal dan memantau aktiviti dan perlakuan badan atau individu yang menjalankan aktiviti-aktiviti perhutanan di negara ini. Penilaian dan laporan perhutanan pada masa sekarang boleh dibuat samada oleh foresters dan non-foresters’. Oleh itu sudah sampai masanya satu undang-undang diadakan untuk menyelaraskan semua aktiviti perhutanan yang dijalankan secara yang lebih terancang dan profesional. IRIM juga yakin dengan adanya Forester Bill ini, ianya sekali gus akan dapat membantu Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hutan Sarawak dalam meningkatkan keberkesanan dan pencapaian matlamat  pengurusan hutan secara berkekalan.

Sehubungan dengan itu, memandangkan keperluan mengadakan Akta ini merupakan satu keperluan yang agak mendesak dan telah lama berlarutan, pihak IRIM sangat berbesar hati dan berterima kasih supaya Y. Bhg. Tan Sri/Dato’ Seri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan dapat memberikan ulasan dalam Majlis Konsultasi Dalaman Rang Undang-undang Rimbawan (Foresters Bill) yang akan diadakan seperti berikut:-

Program  : Majlis Konsultasi Dalaman, Rang Undang-undang Rimbawan, Institut Rimbawan Malaysia

Tarikh       : 28 November 2013 (Khamis)

Masa         : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Tempat   : Dewan Damar Minyak, Bangunan Damar Minyak, Ibu Pejabat Jab. Perhutanan Semenanjung Malaysia


Y. BHG. TAN SRI/DATO’ SERI/DATUK/DATO’/TUAN/PUAN

ADALAH DIJEMPUT HADIR

Join the Conversation

1 Comment

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *